Sunday, 26 July 2015

Home

MATLAMAT PEMBERIAN SPBT

  • Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  • Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka


Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


OBJEKTIF KELAB SPBT 


1.  Menyuntik semangat menghargai buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan kepada murid.

2.  Memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.


3.  Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.

4.  Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid.


5.  Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT.


6.  Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setara fdengan kelab-kelab lain di            sekolah.

7.  Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.





PERATURAN-PERATURAN

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

  1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan darjah dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
  2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
  3. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. 
  4. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
  5. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
  1. Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah.
  2. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  3. Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT
  4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
  5. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
  6. Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah
  7. Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
  8. Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
  9. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
  10. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  11. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
  12. Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
  13. Menyelaras pengisian borang SPBT G
  14. Menguruskan pelupusan buku teks
  15. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  16. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.

2 comments:

  1. Don’t miss the i-City Double Rewards campaign from 6 – 30 June only. BUY 1 point, FREE 1 point. Please contact us at 03-5521 8933 or 03-5521 8866 for more information.
    https://www.facebook.com/icity.cityofdigitallights/photos/a.128680363815455.21948.126891307327694/1343234762360003/?type=3&theater

    ReplyDelete
  2. Don’t miss the i-City Double Rewards campaign from 6 – 30 June only. BUY 1 point, FREE 1 point. Please contact us at 03-5521 8933 or 03-5521 8866 for more information.
    https://www.facebook.com/icity.cityofdigitallights/photos/a.128680363815455.21948.126891307327694/1343234762360003/?type=3&theater

    ReplyDelete